ILMIYAH POST

Saturday, July 6, 2013

IKHLAS

bismillah...
Salam dakwah and ukwah buat semua :D
semua??haha..well..blog ini tak ade followers lagi pun,even seorang..jom la follow saya!!
first post ni berkisah tentang IKHLAS..ha! kasi bold sikit perkataan tu. 

Ikhlas itu ibarat "kutu yg duduk diatas kepala orang pada waktu blackout" selamba je tukar perumpamaan..kita selalu terpikir "ikhlas ke aku buat ni??" saya pun mengaku juga pernah terdetik perasaan seperti itu apabila kita buat perkara yang baik..
Ikhlas tu perlu di didik dalam diri..even suruh calon suami belajar menjadi ikhlas pun dia takkan dapat menjumpainya di library negara..sebagai contoh,first time kita sedekah kat orang miskin,kita rasa kita ni bagai 'angel pakai gucci' gitu and rasa nak panggil wartawan buat liputan je..tapi apabila kerap kali kita sedekah, kita akan berani cakap pada diri "alah..bende ni mcm rutin harian aku je..x perlu kot nak bagi tau satu dunia"
inilah yang dikatakan ikhlas tu perlu di didik dan diserapkan dalam diri yang kerdil ini
Ikhlas juga mempunyai akar tongkat ali juga..NIAT!!

"Sesungguhnya segala perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehedakinya atau wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan"
[HR Bukhari dan Muslim]

Jika kita niat bukan kerana Allah maka hasilnya ibarat 'white board marker' sahajalah..setelah kita melakar penat lelah,hanya dengan 'one swipe' akan hilang segala coretan kita itu..
so, niatlah kerana Allah, dengan izin-Nya penat lelah kita itu akan mendapat hasil yang lumayan erti kata lain dapat tinggal di syurga yang tidak dapat didescribe keindahannya..

Meh saya bagi tips nak jadi ikhlas:

  1. Of course la niat kerana Allah..semoga amalan kita itu akan menjadi bekalan dalam tupperware yang boleh kita banggakan diakhirat kelak
  2. Buat baik tu sorok-sorok daripada pengetahuan orang..macam kita bawak phone secara haram ke asrama (well,pernah buat baru tau perasaan nya macam mane)
  3. Lupakan sahaja benda baik yang kita buat tu..x perlu nak tunggu magic Harry potter n sumpah seranah dia untuk kasi kita lupakan jasa baik kita tu..hanya berbekalkan kata hati "perkara yang aku buat ni just sekecil kuman je jika nak dibandingkan dengan orang lain".
  4. Doa..semoga Allah kurniakan perasaan ikhlas itu dalam diri setiap orang islam..amin~
setakat itu je kot buat first entry..maklumlah,zaman da maju saya je yang baru mengesot2 nak tulis blog.thanks for reading